Aktiviti & Modul

Sistem pendidikan holistik untuk generasi asnaf dan anak yatim berdikari, beradab, berkemahiran tinggi.

Aktiviti

Sistem pendidikan holistik untuk anak asnaf dan anak yatim.

1. Pendidikan Diri

Asas 3M dan kebersihan diri. Pendidikan Diri (Akar Akademik): Bukan sekadar lulus periksa! Fokus total kepada kecemerlangan akademik, penguasaan mutlak 3M (Membaca, Menulis, Mengira), dan disiplin ketat pengurusan kebersihan diri yang maksima.

2. Pendidikan Alam

Hubungan manusia dengan alam sekitar. Pendidikan Alam (Khalifah Ekosistem): Membina pemikiran saintifik dan kritikal untuk memahami keseimbangan ekosistem alam, tumbuhan, misteri lautan, dan sungai sebagai tanda kebesaran Pencipta.

3. Pendidikan Kesihatan

Punca penyakit dan pencegahan asas. Pendidikan Kesihatan (Celik Medik): Anak-anak diajar mengenal punca penyakit, asas pencegahan, dan ilmu rawatan awal persis ahli paramedik.

4. Pendidikan Kemahiran

Latihan praktikal dan kemahiran digital. Pendidikan Kemahiran (Aras Industri & Digital): Mereka dilatih kemahiran fizikal (welding, wiring, pertukangan, mengecat) DAN kemahiran digital profesional peringkat tinggi menggunakan DaVinci Resolve, Adobe Photoshop, Lightroom, Canva, suntingan video, hinggalah mampu membina website sendiri!

5. Pendidikan Adab

Pendidikan Adab & Budaya Kerja: Mengadunkan nilai adab tertinggi (menghormati ibu bapa, jiran, tetamu, dan masyarakat) dan menyuntik disiplin etika kerja profesional dalam rutin harian.

6. Pendidikan Al Quran

Pendidikan Quran Kontemporari: Al-Quran bukan sekadar dihafal, tetapi dikupas secara mendalam sebagai manual arahan hidup dan solusi bagi menyelesaikan isu-isu situasi semasa dunia realiti.

7. Asas Fardhu Ain

Asas Fardhu Ain (Pasak Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah): Benteng spiritual yang tidak boleh dicarat-carit. Pengajian berteraskan Manhaj ASWJ Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang meliputi Tauhid (Imam Asy'ari & Maturidi), Feqah (Imam Syafie), dan Tasawwuf (Imam Ghazali).

8. Pendidikan Sukan

Pendidikan Sukan (Fizikal Elit): Membina stamina luar biasa. Memahami kaitan sains kesihatan dengan sukan untuk melahirkan generasi yang cergas, aktif, dan bermentaliti pemenang.

9. Kewangan & Budaya Niaga

Asas Kewangan & Budaya Berniaga (Celik Duit): Modul usahawan muda! Pendedahan awal tentang pengurusan kewangan sebenar: Saving, Cash Flow, Cash Reserve, dan ilmu paling mahal dalam dunia bisnes iaitu psikologi How To Sell.

10. Asas Bela Diri

Pendidikan Bela Diri (Jati Diri Bangsa): Membina keberanian, ketahanan mental, dan perlindungan diri daripada buli melalui latihan seni Silat Warisan dan sukan sunnah Memanah.

11. Pendidikan Jalanan (Real Case Study)

Pendidikan Jalanan (Real Case Study - Dari Dibantu Kepada Membantu): Bukti impak dunia sebenar. Anak-anak asnaf Darul Ilmi sendiri yang turun padang mengetuai program CSR untuk membantu gelandangan, rumah orang tua, masjid, dan komuniti miskin.

Soalan Lazim

Siapa yang boleh sertai?

Buat masa ini, Program ini khas untuk anak-anak Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak.

Apakah modul utama?

Terdapat 11 modul termasuk pendidikan diri, kemahiran, quran, dan kewangan.

Bagaimana aktiviti dijalankan?

Aktiviti dijalankan secara berstruktur menggunakan sistem grid dengan pendekatan praktikal dan teori yang seimbang.

Ya, semua modul disediakan tanpa bayaran kepada peserta.

Adakah program ini percuma?
Bagaimana cara untuk bertanya?

Anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp untuk maklumat lanjut.

gray computer monitor

Hubungi Kami

Sila isi borang untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas.

LOT 9382, BATU 12 3/4 , KAMPUNG SUNGAI RUMPUT, JALAN GOMBAK, 53100 GOMBAK SELANGOR

Email

admin@darulilmimalaysia.org

+60108703010

www.darulilmimalaysia.org
© 2026 Hak Cipta Terpelihara